Mengenai WEC
Wardah Electrical and Civil Sdn. Bhd. (WEC) atau dahulunya dikenali sebagai Wardah Enterprise telah diasaskan pada tahun 1992 dan telah dinaiktaraf ke status Sendirian Berhad pada 20 Mac 2017 bernombor pendaftaran 1222953-M. WEC merupakan syarikat kontraktor elektrik dan awam (sivil) kelas G3 yang bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan kerja-kerja elektrik, senggaraan, pendawaian, sivil serta lampu awam di Zon Utara. WEC dimiliki oleh 100% Bumiputera dan berdaftar sebagai Kontraktor Kerja Bumiputera (KKB) TNB dengan nombor vendor 3052154.
Logo Korporat
Kontraktor Berpengalaman dan Terbukti di Zon Utara
WEC yang berpangkalan di Kangar, Perlis diasaskan oleh En. Amizar bin Ahmad sejak 1992 dan beliau sekarang merupakan pengarah urusan WEC. Beliau sendiri berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah terlibat dengan kerja-kerja pembinaan pencawang elektrik, kerja-kerja kabel bawah tanah, pemasangan talian atas TNB, pendawaian elektrik di rumah dan kilang. Beliau juga merupakan personel berkelayakan dan mengikuti pelbagai kursus antaranya Sijil Penjaga Jentera (A1), Sijil Kemahiran MARA, Kursus Penyelia Rentang Kabel (TNB) dan Kursus NIOSH-TNB Safety Passport.
WEC menyediakan perkhidmatan kerja elektrik, kerja awam (sivil) dan perkhidmatan sampingan yang berkaitan. Sejak 2021, WEC bekerjasama rapat dengan My Digital Service dalam menyediakan sokongan pembangunan sistem IT untuk kegunaan kontraktor seluruh Malaysia. WEC juga merupakan perintis dalam menerima pakai penggunaan aplikasi teknologi maklumat dalam melancarkan operasi kerja harian.
Berbekalkan aset yang lengkap serta pasukan tenaga kerja yang mahir, berpengalaman dan berpengetahuan khususnya dalam bidang kejuruteraan elektrik, WEC bersedia membawa kepakaran kami ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia terutamanya di Zon Utara termasuk Pulau Langkawi demi menjayakan pembangunan bandar dan luar bandar, penyenggaraan hingga ke projek komersial. Dengan keazaman dan kecekalan yang tinggi, WEC yakin untuk bersaing dalam merealisasikan visi dan misi syarikat.
WEC turut komited dalam melaksanakan polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, amalan Intervensi Stop Work dan Get Home Safe dalam mencegah kemalangan, memastikan tapak dan suasana kerja berada dalam keadaan selamat dan sihat untuk pekerja dan masyarakat awam.
Pengarah Urusan Syarikat
Pengarah Urusan syarikat, En. Amizar bin Ahmad yang meletakkan batu asas syarikat sejak tahun 1992 sebagai Wardah Enterprise bertanggungjawab memandu prestasi perniagaan WEC, memberi tumpuan kepada pengurusan operasi dan aset WEC serta memupuk pemimpin masa hadapan dengan memberi galakan, tunjuk ajar dan penyediaan kursus peningkatan kemahiran dalam membina keupayaan teknikal, perniagaan dan keusahawanan warga syarikat.
Pengurusan Syarikat
Barisan kepimpinan Wardah Electrical and Civil Sdn. Bhd.
Ahmad Suhail
PENGURUS SUMBER MANUSIA
Menguruskan pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan skop lampu jalan.
Muhammad Basyir
PENGURUS OPERASI SIVIL
Memantau dan menyelia projek sivil, senggaraan dan pematuhan SOP.
Ahmad Uzair
PENGURUS OPERASI ELEKTRIK
Mengawalselia projek skop elektrikal, sistem, pengurusan aset dan jentera.
90 %
MARKAH PENCAPAIAN VENDOR*
37
BILANGAN TENAGA KERJA
82
JUMLAH PROJEK DISIAPKAN*
*UNTUK DATA TAHUN 2023