Perkhidmatan
WEC berperanan membekalkan perkhidmatan pelbagai kerja-kerja dalam skop elektrikal, sivil dan perkhidmatan sampingan. Sebagai kontraktor kelas G3, WEC memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam menawarkan khidmat kepakaran kami kepada sektor awam, agensi kerajaan dan juga swasta.
Sesalur Atas Voltan Rendah dan Servis
WEC merupakan kontraktor yang berpengalaman dan dipercayai untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan talian atas, kabel bawah tanah, tiang elektrik, pemasangan baru bekalan dan sesalur kaki lima.
Lampu Jalan
Kami juga kontraktor yang melaksanakan pemasangan baharu, penyenggaraan dan pembaikan lampu jalan serta kerja-kerja berkaitan tiang lampu di seluruh Perlis dan kawasan sekitar.
Sivil
Kerja-kerja sivil atau awam termasuklah penyenggaraan pencawang, mengecat, mendawai, pengudaraan, pembersihan, perpaipan, perparitan dan kerja-kerja rentis yang berkaitan dengan apa-apa infrastruktur melibatkan elektrik.
Kerja Elektrik dan Awam
Kepakaran utama WEC semestinya pelbagai kerja-kerja melibatkan talian atas, lampu jalan, perkabelan, senggaraan umum, perkakasan elektrik dan lain-lain sama ada untuk projek pembangunan mahupun kediaman anda. Bersedia menyediakan konsultasi.
Khidmat Sewaan
WEC turut menyediakan khidmat sampingan termasuk sewaan pelbagai jenis mesin, lori dan jentera untuk kegunaan agensi kerajaan, syarikat swasta atau persendirian dan juga membekalkan bahan binaan seperti batu bata, simen, pasir, papan dan kelengkapan perkakasan.
Khidmat Nasihat Pembangunan
Kami juga berpengalaman bekerjasama dalam penyediaan data untuk pembangunan sistem terutamanya melibatkan pengadaptasian, pembaharuan dan menyokong penggunaan teknologi maklumat.
Pasukan Berpengalaman
ADA SOALAN?
Persoalan Umum
Boleh kami bincang lebih lanjut mengenai perkhidmatan WEC?
Sudah tentu. Kami sedia berbincang lebih lanjut, menyediakan konsultasi, rundingan serta tawaran sebut harga. Hubungi kami melalui talian yang disediakan di halaman Hubungi Kami.
Di mana untuk laporkan kerosakan lampu jalan TNB?
Laporkan apa-apa kerosakan berkaitan tiang TNB di Perlis ke talian 15454 supaya laporan tersebut direkodkan oleh sistem, pasukan WEC akan bergegas untuk membuat pembaikan sejurus arahan susulan diterima.
Adakah perkhidmatan WEC mencakupi kawasan saya?
Kami ialah kontraktor yang bertapak di Perlis dan bersedia menawarkan khidmat kami ke seluruh semenanjung Malaysia. Kami menjalankan operasi harian di seluruh Perlis dan utara Kedah serta berpengalaman bekerja di Pulau Langkawi dan Negeri Sembilan.